29 November 2013

.:: Istikharah Cinta ::.



Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Di istikharah cinta
...............

.: "Sayyidul Ayyam" :.


Yaumul Jum'ah Sayyidul Ayyam...
"Hari jumaat itu adalah penghulu segala hari.."
Semoga Jumaat Ini Menjadikan Kita Seorang Hamba Allah Yang Lebih Bertaqwa, Lebih Menyantuni, Lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang…DUNIA & AKHIRAT!


1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:

“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”


2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”


3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.

4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.


“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
"Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”

Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)

Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)


"Hai orang-orang yang beriman,apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari jumaat,maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkanlah jual-beli,yg demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.."



= taMat =

19 November 2013

.:Selamat Ulang Tahun Perkahwinan:.

Dear my Hubby...









 


Selamat ulang tahun perkahwinan 




eNd

05 September 2013

.:: Selamat Hari Lahir Sayang ::.






05 September 2013
Nur Hana Azzahra is turning 0ne
 
setahun sudah berlalu
besar suda anak dara ibu sorang neh
ibu sentiasa doakan yang terbaik buat kamu sayang
semoga kamu menjadi insan yang berguna suatu hari nanti
menjadi anak yang solehah
seorang yang taat dan patuh akan kepada agama dan Rasulnya
taat kpd ibu & abah mu
menghormati orang yang lebih tua dari mu
menjadi seorang yang bijaksana dan berjasa 
agar kamu seorang yang penyayang
dalam solat ibu tak penah lupa doakan 
agar kamu dimurahkan dan dilimpahi dengan rezeki yang halal
agar kamu dikurniakan kesejahteraan dalam kesihatan
agar kamu mewah dgn kesopanan
ibu mahu yang terbaik buat kamu sayang

ibu sayang kamu so much~
<3 




..eNd ..

01 September 2013

.:: Princess on ward ::.

16 - 21 ogos 2013

Lil princes diserang demam panas.. suhu over 41 darjah..prepare nak g spital but she terkejut bunyi dentuman mencun yg sangat kuat smpai kan kena sawan tarik..menangis ibu saat lihat keadaan kamu sayang..

1st nite

1st nite


day 1
tersangat letih tetido atas lengan ibu

2nd nite

day 2

day 2

day 2

day 3
day 3

day 3 < ibu paksa makan>

4th nite
day 4

day 4

day 5 a.k.a last day

last day

last day
last day..
 

16 July 2013

.:: Seminggu sudah Ramadhan ::.

Alhamdulillah..seminggu dah kita berpuasa, tapi ditahap mana saat ini kita berada, adakah masih sama ditahap lama?
~Ya Allah Kau ampuni kami hambaMU ini andai masih lalai dan alpa dengan peluang yang Kau berikan ini~

update rawak je laaa..dasar malas neh..ehee eceli byk lg entry tgantung x terpost :)

Puasa kali neh xde la berbeli bagai di param, lebih kpd masak seniri..ehee bajet terer lah tuh..ahahaaa cincai aje tp naseb baek lah setakat neh semua menjadi. en.somi plak jenis xkesah, yang pasti kalo dia makan tgk smpai licin lagi la semangatnye pn isteri nk masak.

menu ari kedua
sahur : nasi putih + sambal tempe & ikan bilis + sup sayur + ikan celup tepung
 berbuka : char keuy teow udang + murtabak sedap + air jagung

menu ari ke3
sahur : nasi putih + ayam goreng + sayur campur
berbuka : keuy teow goreng (en.somi nak) + kueh2 (beli kt param) +
 nasi goreng paprik (sbb nasi pg td lebeh byk) + soya

menu ari ke 4
sahur : nasi putih + tomyam sayur campur + ayam goreng kunyit
berbuka : -spesel skit sbb ari cuti- 
nasi tomato + ayam masak merah + acar timun mentah + buah melaka
(suke sbb hubby mkn byk sgt sedap katanya)

menu ari ke 5
sahur: masih nasi tomato + ayam masak merah + sambal tempe & kentang
berbuka : bubur lambuk specel dr sri Andalas(FIL kasik) + cheeskut +  
keuy teow goreng (laki i mmg suke yg neh kot) + air jagung

menu ari ke 6
sahur: nasi putih + ayam goreng + telur dadar + sayur campur
berbuka : -agak kelam kabut masak sbb lewat smpai umah-
pasta spiral goreng + nasi goreng butter + pancake +
agar2 panda (jiran sbelah kasik)

menu ari ke 7 
sahur : nasi putih + sambal sotong kembang + telur mata taruk kicap + 
ikan pekasam goreng berbawang
-perghhh pekasam tu yg wat selera lg tuh ehee-
berbuka : hmmm lom decide menu lg..masak ape ehh??


bukanlah bajet nak tunjuk terer masak bagai tp ntah datang dari hati nak masak seniri..ecececehh~  ala masak pun bukan la ala2 chef hotel gtu, ala kadar je n simple2 je cukup tuk 2 orang je pun.

k checkedout~~

eNd

 

11 July 2013

.:: 1 Ramadhan ::.


puase kali ni adalah puasa kali pertama aku as a wife, puasa bersama dalam keluarga kecil seniri wif lil priNcess. ye la dah sblom2 neh kan ke kitorang neh PJJ. teruja jugak~tapi lam kepala neh pusing mikir menu2 ramadhan neh, maklumlah nk kena prepare sniri tuk bbuka n sahur. 4 pg dah bangun siapkan sahur, alhamdulillah xde masalah nk bangun time tuh sbb kalo bukan bulan Ramadhan pun mmg aku bangun seawal tuh tuk prepare makanan princess. Cuma kali neh time tuh double work lah siapkan sahur n skali bekal makanan princes, so tangan kena lebih ligat kelajuaannya. tuk 1st sahur just daging masak kicap, sardin, sup kaki ayam, n telor mata jerr. incik somi pas mkn nasi mmg dia akan mkn roti plak 1-2 keping so buat la sardin tuh spy blh mkn dengan roti. Alhamdulillah licin suma..agaknye sbb malam tuh kami x makan berat sgt kot tu yg lahap semua time sahur.
1st day pose kt opis de wat majlis pelancaran Program Ihya' Ramadhan sebelah pg. Ceramah bertajuk Ramadhan Datang Lagi [?]...[!] dr Prof. dr. Muhd Kamil Ibrahim, Pensyarah universiti di Madinah juga seorang penulis buku keagaamaan. antara buku tulisannya 'Travelog Haji'. Best sesangat ceramahnya, byk ilmu yang dapat, insyaallah akan dijadikan panduan dalam kehidupan harian. Kagum dengan beliau & isteri. arini keje 1/2 day sbb petang nye nk bawa lil princess g check up at KK. dah 10bulan dah anak mommy yea. makin byk plak akal dia. muaahh miss u princess.
Balik dr checkup princess singgah jab bazar depan umah. beli air jagung n kuih karipap je- 5 biji RM2.00. xmo beli dah yg tu nti..dah la kecil, kulit je tebal pastu kosong je nmpak dlm isinye sesiput je..hmm x bek niaga camtuh tau!! smpai umah gigih kuarkan bahan nk masak. pas mandi solat asar, maka siaplah bersilat di dapur. menu berbuka ptg tuh masak char keuy teow udang jer. tu pun dah mencukupi. sbb incik somi pun dah ckp nk makan mee2 je buker, lagipun kami berdua je. Alhamdulillah, syukur rezeki dariMu Ya Allah.

.eNd.